BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 30, 2011

"let"s see...our world"

Dunia telah digemparkan dengan bencana gempa bumi yang berlaku di Tokyo, Jepun pada 10 Mac 2011 yang lepas. Susulan dari gempa bumi yang bermagnitud 8.9 skala Ritcher itu menyebabkan gelombang tsunami setinggi 10 meter telah membinasakan bandar-bandar di persisiran pantai Tokyo. Setakat yang diketahui, sekurang-kurangnya 1000 orang telah kehilangan nyawa dalam bencana terburuk tahun 2011 ini. Kesan gelombang tsunami telah merebak sehingga Hawaii dan pantai barat Amerika Syarikat. Ekonomi Jepun dan matawang yen telah jatuh secara mendadak akibat bencana ini. Dalam satu hadis nabi ada mengatakan, Telah ditunjukkan di depan batang hidung sendiri. Telah dikhabarkan sejak berabad lalu. Hari terakhir tidak akan terjadi sehingga gempa bumi akan sangat sering terjadi.(Hadis Riwayat Bukhari). Untuk kita yang hidup, sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri kita, di mana kita sekarang dalam pencapaian amalan kita untuk akhirat kelak. Renung-renungkan dan selamat beramal! Di bawah merupakan gambar-gambar bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Tokyo Jepun.......



hentaman tsunami natori tokyo


pusaran air dipantai ibaraki

TOKYO: Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh. Agensi berita Kyodo melaporkan, gempa bumi menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.
“Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri,” lapor Kyodo.
Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik. Kyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.
“Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu,” kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36. Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.
“Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja,” katanya. Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.
Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan. Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.
retakan jaln raya selepas gempa bumi berlaku
Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh. Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada. – Reuters

tempat penapisan minyak ichihara meletup selepas kejadian gempa bumi      



























































































0 comments: