BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 30, 2011

KEJADIAN AJAIB DIMUKA BUMI

LUBANG AJAIB

Subhanallah. Kejadian munculnya lubang besar ini merupakan satu peringatan kepada kita yang hidup di dunia. Dalam bencana yang berlaku di Guatemala baru-baru ini akibat ribut taufan Agatha, sekurang-kurangnya 115 orang mati dan beribu orang lagi cedera. Lubang besar ini adalah hasil dari limpahan air yang banyak di bawah tanah dan mengakibatkan mendakan tanah lalu membentuk sebuah lubang gergasi. Aku ingin mengingatkan yang lubang besar di Guatemala ini bukanlah diada-adakan atau dilakukan secara photoshop. Lubang Guatemala ini juga bukanlah sama dengan lubang besar yang berlaku beberapa tahun lepas. Ini merupakan kejadian yang kedua di mana kedudukan lubang besar Guatemala ini adalah tidak jauh dari lubang lama. Apa yang kita belajar daripada bencana di Guatemala ini, iaitu sebuah negara di Amerika Selatan? Tepuk dada, tanya iman, berdoalah banyak-banyak negara Malaysia ini bebas dari bencana alam ataupun dengan kata lain, murka Allah Taala. Marilah kita pulang ke pangkal jalan…dalami Islam yang sebenar, iaitu Islam yang banyak membuka hati dan minda masyarakat jahiliyah suatu ketika dulu.

IKAN BERGIGI MANUSIA




Maha Suci Allah. Tiada apa yang mustahil bagi Allah. Perlu diingat, ikan yang pelik dan aneh ini bukan lah dibuat-buat atau diedit oleh photoshop. Tetapi ini merupakan seekor ikan yang sangat luar biasa yang dijumpai oleh sekumpulan saintis tidak lama dahulu. Saintis pun tidak pasti jenis ikan ini dan dari keluarga mana. Kalau orang melayu, senang saje bagi depa nak namakan. Melayu kan kreatif. Panggil je ikan gigi. Takpun ikan gigi kuning. Tengok sahaja lah gigi ikan pelik lagi aneh ini, giginya sangat kuning. Lepas tu berlapis-lapis pulak tu kat dalam. Korang rasa ikan aneh dan pelik ni makan apa eh untuk hidup? Jeng jeng jeng…saja buat suspen. Apa-apa pun, perlu aku ingatkan yang kejadian ikan pelik dan aneh yang mempunyai gigi ini tidak la mustahil bagi Allah untuk menjadikannya. 70% lautan 30% daratan. Binatang kat darat pun kita tak abis jumpa, ni kan lautan yang penuh misteri? Betul tak?



Gunung Merapi di Pulau Jawa Indonesia sudah menunjukkan tanda-tanda ia akan memuntahkan lava. Para saintis atau spesifiknya para volcanologists (aku baru tau ada pekerjaan ini semalam dari berita akhbar huhu), telah meramalkan akan letusan gunung berapi yang dipanggil Merapi ini. Tetapi, amaran mereka tidak diendahkan oleh orang ramai. Mungkin mereka memang tidak mengambil enteng perkara ini dan mungkin juga mereka tidak mendapat maklumat ini kerana ketiadaan TV atau radio di rumah mereka. Apa-apa pun, tindakan drastik perlu dilakukan untuk mencegah banyak lagi kematian. Laporan terkini merekodkan hampir 15 orang mati akibat debu tebal dari gunung berapi ini. Adakah sehingga gunung berapi di negara Indonesia ini memuntahkan cecair neraka membuak-buak, baru mereka ingin berpindah?
Satu kejadian yang membuka pintu hati kita semua telah berlaku dan ditunjukkan di dada-dada berita di Asia di mana seorang mayat mangsa gunung berapi ini telah dijumpai dalam keadaan sujud dan menghadap kiblat. Subhanallah, ini merupakan satu kematian yang husnul khatimah, iaitu kematian yang dalam keadaan baik. Semoga rohnya dicucuri Allah SWT. Kita bagaimana?
wjvzM
KEJADIAN HUJAN PANAS



Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah hujan boleh turun? Bagaimanakah juga air hujan boleh sampai ke atas? Kenapa ada masanya dekat tempat A hujan, tempat B tak hujan, tempat C hujan, tempat D hujan, walaupun tempat-tempat ini tidak lah jauh antara satu sama lain. Kenapa ada hujan lebat dan hujan renyai-renyai? Bagaimana terjadinya kejadian hujan panas? Inilah antara persoalan-persoalan yang banyak sekali di tanya oleh si kecil yang mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi. Lihat la alam sekeliling kita. Sungguh banyak sekali bukti-bukti kejadian Allahn di alam yang terbentang luas ini, yang sudah menjadi fitrah bagi manusia yang suci hatinya, dapat menambahkan iman dan keyakinan kepada makhluk manusia.
awan yang terbentuk menjadi awan yg ajaib

 Mungkin ramai kata apabila melihat kejadian awan yang aneh dan luar biasa ini mengatakan ini merupakan awan yang telah diphotoshopkan oleh pakar-pakar photoshop. Tapi aku katakan tidak. Kejadian awan aneh dan luar biasa seperti ini sebenarnya banyak berlaku di Eropah dan United States. Pengalaman aku dulu-dulu belajar di luar negara, selalu juga sahaja terlihat awan-awan seperti ini. Kalau tak silap aku, awan-awan aneh dan ganjil seperti ni hanya akan muncul atau berlaku apabila musim sejuk datang. Tak silap aku la. Korang masih tak caya lagi ke tentang awan ganjil di angkasa yang pelik ini? Orang kat negara-negara maju panggil awan ni sebagai “mammatus“. Aku pun taktau apa maknanya. Korang gi la baca sendiri artikel kat bawah ni tentang awan aneh di angkasa ni, Senang kan? Apa-apa pun, tiada yang mustahil bagi Allah. Allah boleh jadikan apa sahaja dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besar angkasa lepas. Semoga iman kita boleh bertambah dengan melihat bukti keagungan Allah Taala. InsyaAllah.











0 comments: